Thursday, April 18, 2013

Coretan

Rasulullah s.a.w bersabda: "Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat." 

(Hadith Riwayat Bukhari)

Pesanan ini bukan untuk semua tetapi untuk aku yang bergelar insan yang penuh dengan kelemahan. Semoga menjadi panduan dan mendapat sentuhan emas dari Sang Pencipta. 

Dalam hidup kita, pernah tak rasa macam kusut dan tak tenang pada satu ketika atau selepas melakukan dosa. Kadang kadang kita tahu ape yang kita buat tu berdosa tapi kita buat juga. 

Pastu effect dia jadi macam ni. Argh!! Serabut dowh!!



Kalau pernah terjadi macam ni, ada berita gembira untuk anda.

Andai lah tak berasa serabut selepas buat dosa, berhati hati ye. Mungkin anda bukan seorang manusia yang normal. Mungkin anda seorang vampire macam Edward Kullen? 
Who knows right?  Hehe. 

Simple je, fitrah manusia tidak suka kepada dosa even perompak pun marah andai kita label dia perompak.

Ape berita gembira tu ?

Remaja sekarang ni mereka ada yg bersolat tapi melakukan perkara yg pelik, ada yg cium sana sini, mata meliar, masuk net tengok macam-macam. Iman mereka lemah. Penuh dengan godaan dan celaan pada remaja ini.

Ini semua kerja syaitan. Kalau takde syaitan, aku pasti ramai yang baik macam malaikat. Even aku pun tak terlepas dari hasutan syaitan ni.

Andai tengok citer Naruto, semakin up level dia, semakin kuat opponent yang dia akan lawan. Begitulah juga hidup kita. Makin tinggi iman kita, makin kuat hasutan dari geng syiton.

Habib Ali al-jufri berkata, "Perkara ini semua org ketahui, tentang ujian yg melanda remaja sekarang ini. 

Pertama sekali aku khabarkan berita gembira kepada remaja semua, penyesalan yg mereka rasa dalam diri mereka iaitu mereka lemah dgn ujian, kemudian ingin kembali kepada Allah, kemudian mereka kembali semula kepada perbuatan lama,kemudian ingin kembali semula kepada Allah. 

Ini adalah berita gembira kepada mereka kerana menandakan iman kuat di hati mereka, iaitu mereka sangat mencintai Allah.

Selama mana mereka mencintai Allah, ketahuilah bahawasanya Allah juga mencintai mereka.

"Allah mencintai mereka dan mereka juga mencintai Allah". 

Demi Allah wahai saudaraku,jika Allah tidak mencintai kamu. Dia pasti tidak akan campakkan ke dalam hati kamu satu perasaan kepedihan,ini adalah perasaan yg kita rasakan "aku ada melakukan kesalahan".

Perasaan yg bila terjadi sesuatu kita rasakan ianya adalah sebab kelalaian aku kepada Allah. 

Bentuk perasaan ini adalah tanda cahaya iman, di sini cahaya lilin(keimanan) itu ada tetapi cahaya lilin ini memerlukan penjagaan sebelum angin memadamkannya. Yang memadamkan cahaya(keimanan) ini adalah dia tekad melakukan maksiat. 

Perkara bahaya datang dari mana? 

Perkara yang lebih bahaya dari maksiat-maksiat itu bahaya tapi yg lebih bahaya dari maksiat adalah terus menerus melakukan maksiat,mengambil mudah sahaja "Allah itu kan Maha Pengampun" kemudian kembali melakukan maksiat.memandang ringan dan remeh terhadap maksiat pada diri sendiri. 

Ini bahaya.ianya adalah isyarat cahaya iman mula menghilang.

Disini saya ingin berkongsi ayat yang perlu di amal supaya dapat mengelakkan "angin" daripada memadamkan cahaya lilin di dalam diri kita. 



Kenali diri kita secara tersirat. Jauh lagi perjalanan yang bakal kita tempuhi. Moga kita bertemu di sana nanti. 

"Bismillahi awwaluhu wa akhiruhu"




No comments:

Post a Comment