Saturday, June 22, 2013

Jenazah Berubah Menjadi Khinzir


Seorang anak mendatangi Rasulullah s.a.w. sambil menangis. 

Peristiwa itu sangat mengharukan Rasulullah s.a.w. yang sedang duduk bersama-sama sahabat yang lain. “Mengapa engkau menangis wahai anakku?”tanya Rasulullah s.a.w. 

“Ayahku telah meninggal tetapi tiada seorang pun yang datang melawat.

Aku tidak mempunyai kain kafan, siapa yang akan memakamkan ayahku dan

siapa pula yang akan memandikannya?” Tanya anak itu. 

Segeralah Rasulullah s.a.w. memerintahkan Abu Bakar dan Umar untuk menjenguk jenazah itu.

Betapa terperanjatnya Abu Bakar dan Umar, mayat itu berubah menjadi seekor 
babi hutan. 

Kedua sahabat itu lalu segera kembali melapor kepada Rasulullah s.a.w. 

Maka datanglah sendiri Rasulullah s.a.w. ke rumah anak itu.Didoakan kepada Allah s.w.t. sehingga babi hutan itu kembali berubah menjadi jenazah manusia. 

Kemudian Rasulullah s.a.w. menyembahyangkannya dan meminta sahabat untuk memakamkannya. 

Betapa hairannya para sahabat, ketika jenazah itu akan dimakamkan berubah kembali menjadi babi hutan.

Melihat kejadian itu, Rasulullah s.a.w. menanyakan anak itu apa yang dikerjakan oleh ayahnya selama hidupnya. 

“Ayahku tidak pernah mengerjakan solat selama hidupnya,” jawab anak itu. 

Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda kepada para sahabatnya, “Para sahabat, lihatlah sendiri. 

Begitulah akibatnya bila orang meninggalkan solat selama hidupnya. Ia akan menjadi babi hutan di hari kiamat.”

Wallahu 'alam.

Kisah Neraka Jahannam



Dikisahkan dalam sebuah hadis bahawa sesungguhnya neraka Jahannam itu adalah hitam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ia menyala.

Dan ianya memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api.

Dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa pada setiap lembah itu terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat 70,000 kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular dan 70,000 kala, dan dikisahkan dalam hadis tersebut bahawa setiap kala itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala tersebut ianya mempunyai 70,000 qullah bisa.

Dalam hadis yang sama menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti akan dibuka penutup neraka Jahannam, maka sebaik sahaja pintu neraka Jahannam itu terbuka, akan keluarlah asap datang mengepung mereka di sebelah kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka disebelah hadapan muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di atas kepala dan di belakang mereka. 

Dan mereka (Jin dan Mausia) apabila terpandang akan asap tersebut maka bergetarlah dan mereka berlutut dan memanggil-manggil, “Ya Tuhan kami, selamatkanlah.”

Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahannam, dan neraka Jahannam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh 70,000 malaikat.

Berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu besarnya ada diterangkan oleh Allah s.w.t. dalam Surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud : 

                           “Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras.” 

Setiap malaikat apa yang ada di antara pundaknya adalah jarak perjalanan setahun, dan setiap satu dari mereka itu mempunyai kekuatan yang mana kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya, maka nescaya akan hancur lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulan sahaja ia akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka Jahannam.

Sunday, June 16, 2013

Competition


Salam.

Young Tax professional of the year 2013. Bunyi macam grand kan? tapi knowledge aku pasal tax sangat lah ZERO sebab sem ni baru amik subjek pasal Tax. Second lecture pun dah pening. Hehe.

Join competition ni kira nak try luck kot. Tak berharap sangat pun nak menang sebab ramai lagi yang lagi hebat kot. Gahhh. 

Sekarang ni tengah fikir ape isi yang patut diletak dalam essay. Blur pun ade.

Terkilan sangat bila Ernst & Young sendiri turun di MMU, Cyberjaya bagi briefing pasal competition ni. Start hari tu, perception aku kat MMU dah berubah. Seriously, Ni first time dapat face to face dengan one of the big four. Teruja tu ada.

Even tak berharap sangat, tapi effort tu tetap ada buat menda alah ni. 
*lecturer srh buat as assignment*

Orang tua tua cakap, Cita cita biar sampai bintang, sambungan dia tak ingat. Hehe.

Ni video promo dia. Aku tengok agak terangsang, i mean spirit terangsang. Enjoy!





Wednesday, June 5, 2013

Pendapatan Sampingan

Salam and hi guys! 




Hari ni aku nak share salah satu job name dia AssignJobs yang amat sempoi dan yang paling penting, mudah dan semua orang boleh buat kecuali orang tak waras. Eh.

Assign jobs ni member aku cakap best dan dia pernah redeem cash dari website ni. Yang part paling best income korang dalam USD. Bayangkanlah korang buat kerja sambilan di Malaysia tapi income dalam USD. OMG kan !

Jadi, member aku suruh cuba dan aku pun baru cuba.

Kalau korang nak daftar, click link ni http://tiny.cc/yx69xw

Korang tengok lah sendiri. Bagi aku ni umpama menabung. Bile cukup $30, aku withdraw.

Task pertama, aku kene buat cerita pasal assign job ni. Macam promote kat korang pasal assign jobs dan sebagai habuan aku dapat $1 bersamaan 3 hinggit lebih kalau tukar dalam RM. 

Andai duit korang terkumpul $30, $100, $1000, bayangkanlah.

Lagi satu, korang dapat redeem korang punya cash bila dalam akaun at least ada USD30. 

Sangat berbaloi dan anda tidak perlu keluar duit satu sen pun, hanya perlu ada laptop/gadjet dan internet connection. 

That's all.

Alright! See ya.




Saturday, April 20, 2013

Kisah Seekor Ulat



Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud a.s. sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu. 

Lalu Nabi Daud a.s. berkata pada dirinya, 

“Apa yang dikehendaki Allah s.w.t. dengan ulat ini?” 

Sebaik sahaja Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah s.w.t. pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata.

Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud a.s. 

“Wahai Nabi Allah! Allah s.w.t. telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca ‘Subhanallahu walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar’ setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah s.w.t. mengilhamkan kepadaku supaya membaca ‘Allahumma solli ala Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim’ setiap malam sebanyak 1000 kali.

Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud a.s.

“Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah darimu?”

Akhirnya Nabi Daud menyedari akan kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat tersebut, dan dia sangat takut kepada Allah s.w.t. maka Nabi Daud a.s. pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah s.w.t. Begitulah sikap para Nabi a.s.apabila mereka menyedari kesilapan yang telah dilakukan maka dengan segera mereka akan bertaubat dan menyerah diri kepada Allah s.w.t..

Kisah-kisah yang berlaku pada zaman para nabi bukanlah untuk kita ingat sebagai bahan sejarah, tetapi hendaklah kita jadikan sebagai teladan supaya kita tidak memandang rendah kepada apa sahaja makhluk Allah s.w.t. yang berada di bumi yang sama-sama kita tumpangi ini.

Wallahu 'alam.

Thursday, April 18, 2013

Coretan

Rasulullah s.a.w bersabda: "Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat." 

(Hadith Riwayat Bukhari)

Pesanan ini bukan untuk semua tetapi untuk aku yang bergelar insan yang penuh dengan kelemahan. Semoga menjadi panduan dan mendapat sentuhan emas dari Sang Pencipta. 

Dalam hidup kita, pernah tak rasa macam kusut dan tak tenang pada satu ketika atau selepas melakukan dosa. Kadang kadang kita tahu ape yang kita buat tu berdosa tapi kita buat juga. 

Pastu effect dia jadi macam ni. Argh!! Serabut dowh!!



Kalau pernah terjadi macam ni, ada berita gembira untuk anda.

Andai lah tak berasa serabut selepas buat dosa, berhati hati ye. Mungkin anda bukan seorang manusia yang normal. Mungkin anda seorang vampire macam Edward Kullen? 
Who knows right?  Hehe. 

Simple je, fitrah manusia tidak suka kepada dosa even perompak pun marah andai kita label dia perompak.

Ape berita gembira tu ?

Remaja sekarang ni mereka ada yg bersolat tapi melakukan perkara yg pelik, ada yg cium sana sini, mata meliar, masuk net tengok macam-macam. Iman mereka lemah. Penuh dengan godaan dan celaan pada remaja ini.

Ini semua kerja syaitan. Kalau takde syaitan, aku pasti ramai yang baik macam malaikat. Even aku pun tak terlepas dari hasutan syaitan ni.

Andai tengok citer Naruto, semakin up level dia, semakin kuat opponent yang dia akan lawan. Begitulah juga hidup kita. Makin tinggi iman kita, makin kuat hasutan dari geng syiton.

Habib Ali al-jufri berkata, "Perkara ini semua org ketahui, tentang ujian yg melanda remaja sekarang ini. 

Pertama sekali aku khabarkan berita gembira kepada remaja semua, penyesalan yg mereka rasa dalam diri mereka iaitu mereka lemah dgn ujian, kemudian ingin kembali kepada Allah, kemudian mereka kembali semula kepada perbuatan lama,kemudian ingin kembali semula kepada Allah. 

Ini adalah berita gembira kepada mereka kerana menandakan iman kuat di hati mereka, iaitu mereka sangat mencintai Allah.

Selama mana mereka mencintai Allah, ketahuilah bahawasanya Allah juga mencintai mereka.

"Allah mencintai mereka dan mereka juga mencintai Allah". 

Demi Allah wahai saudaraku,jika Allah tidak mencintai kamu. Dia pasti tidak akan campakkan ke dalam hati kamu satu perasaan kepedihan,ini adalah perasaan yg kita rasakan "aku ada melakukan kesalahan".

Perasaan yg bila terjadi sesuatu kita rasakan ianya adalah sebab kelalaian aku kepada Allah. 

Bentuk perasaan ini adalah tanda cahaya iman, di sini cahaya lilin(keimanan) itu ada tetapi cahaya lilin ini memerlukan penjagaan sebelum angin memadamkannya. Yang memadamkan cahaya(keimanan) ini adalah dia tekad melakukan maksiat. 

Perkara bahaya datang dari mana? 

Perkara yang lebih bahaya dari maksiat-maksiat itu bahaya tapi yg lebih bahaya dari maksiat adalah terus menerus melakukan maksiat,mengambil mudah sahaja "Allah itu kan Maha Pengampun" kemudian kembali melakukan maksiat.memandang ringan dan remeh terhadap maksiat pada diri sendiri. 

Ini bahaya.ianya adalah isyarat cahaya iman mula menghilang.

Disini saya ingin berkongsi ayat yang perlu di amal supaya dapat mengelakkan "angin" daripada memadamkan cahaya lilin di dalam diri kita. 



Kenali diri kita secara tersirat. Jauh lagi perjalanan yang bakal kita tempuhi. Moga kita bertemu di sana nanti. 

"Bismillahi awwaluhu wa akhiruhu"




Tuesday, January 1, 2013

2013


Alhamdulillah.

Allah still bagi pinjam nikmat umur untuk menikmati tahun 2013 / 1434 Hijriah.


Banyak pengalaman serta cabaran yang aku hadapi sepanjang 21 tahun lepas.


Ada yang senang, ada yang rumit dan alhamdulillah aku dapat mengharunginya satu persatu.


Ada time give up , tapi when times goes by ; pengalaman itulah yang membuat aku semakin kuat dan semakin kukuh.


Itu lah kehidupan. Kehidupan yang sementara. 


Hopefully, this year, i could achieve something yang extraordinary and outstanding.


Wallahu 'alam.