selepas di update to more advanced ..
now i hav my own channel in youtube ..
link ..
milo basi channel
Saturday, January 22, 2011
Friday, January 21, 2011
Thursday, January 20, 2011
Penat Kita Berusaha Tetapi Langsung Tiada Hasil
Selalu terjadi, kita merasakan usaha kita sia-sia. Penat kita berusaha tetapi langsung tiada hasil. Malas hendak buat perkara yang sama lagi kerana seakan tidak berbaloi. Begitu juga halnya dengan rutin membaca kita, iaitu membaca al-Quran.
Amad dan Atuk
Seorang petani tua tinggal bersama cucunya di sebuah kawasan pedalaman. Rutin sesudah subuh sebelum bertani, Si Atuk akan membaca al-Quran di pangkin. Amad, cucu Si Atuk sentiasa memerhatikan gelagat atuknya, dan berusaha untuk merutinkan bacaannya seperti atuk.
Suatu hari Amad bertanya, "Atuk, Amad cuba untuk baca al-Quran setiap hari macam Atuk, tapi Amad selalu tidak faham.
Bila faham sekali pun, Amad tetap akan lupa bila Amad tutup al-Quran. Apa ya kebaikan baca al-Quran, Atuk?"
Si Atuk menutup al-Quran dan tersenyum, faham benar dengan pertanyaan cucu tunggalnya itu. Tidak menjawab soalan Amad, sebaliknya Atuk menyuruh Amad berbuat sesuatu, "Amad ambil bakul arang di dapur. Pergi ke sungai dan bawa balik sebakul air untuk Atuk."
Amad hanya menurut, pergi ke sungai, mengisi air ke dalam bakul, dan berjalan balik ke rumah.
Sebelum sampai ke rumah, air terkeluar melalui lubang-lubang bakul yang dibuat daripada rotan. Amad berpatah balik ke sungai sekali lagi.
Dari jauh Si Atuk memerhatikan gelagat Amad sambil tertawa, lalu berteriak, "Amad perlu bergerak lebih laju, supaya sempat sampai di rumah!"
Kali ini Amad berlari lebih laju, tetapi hasilnya tetap sama, bakul tetap kosong sebelum sampai ke rumah. Tercungap-cungap keletihan, Amad fikir terlalu mustahil untuk membawa air menggunakan bakul, lalu dia mencapai baldi.
"Atuk tidak mahu air dari baldi, Atuk hanya mahu air dari bakul. Amad belum berusaha dengan bersungguh, Atuk tahu."
Lalu Amad mencapai bakul tadi dan segera ke sungai, dia ingin membuktikan kepada Atuknya yang dia telah berusaha bersungguh-sungguh. Malah semakin cepat Amad berlari, semakin cepat air keluar daripada bakul tersebut.
"Tengok Atuk, tidak berguna bukan? Bakul ini tetap kosong," kata Amad kepada Atuknya, menelan rasa kecewa.
Betulkah tidak berguna?
"Tidak berguna kata Amad? Cuba Amad lihat bakul itu."
Amad melihat bakul di tangannya, dan Amad baru perasan satu perkara, iaitu bakul itu tidak lagi comot dengan kesan arang dan tanah, malah jauh lebih bersih, luar dan dalam.
"Amad, itulah yang berlaku bila kita selalu membaca al-Quran. Kita mungkin tidak faham, atau tidak ingat apa-apa, tetapi yakinlah bila kita membacanya, kita akan berubah, luar dan dalam".
Amad tersenyum lebar dan penuh bahagia, persoalannya kini terjawab.
Seringkali kita terfokus pada hasil, sehingga kita terlupa usaha itu yang lebih utama. Tanpa usaha tiada hasil. Mulai sekarang ubahlah apa yang kita lihat. Lihat dan hargailah usaha, walau hasilnya tidak seberapa.
Apa yang lebih mahal, usaha (effort) atau hasil (result)?

Usaha atau Hasil?
Seringkali kita terfokus pada hasil, sehingga kita terlupa usaha itu yang lebih utama. Tanpa usaha tiada hasil. Mulai sekarang ubahlah apa yang kita lihat. Lihat dan hargailah usaha, walau hasilnya tidak seberapa.
Jika kita berupaya sekuat tenaga menemukan sesuatu, dan pada titik akhir upaya itu hasilnya masih kosong, maka sebenarnya kita telah menemukan apa yang kita cari dalam diri kita sendiri, yakni kenyataan, kenyataan yang harus dihadapi, sepahit apa pun keadaannya.
Breakable Spell
One day
I'll walked pass you and not have my head turned back
I'll speak to you and not have my thoughts running away
I'll glance at you and not have my eyes locked on you
I'll reach out for you and not have my grip holding tight
I'll smell the scent in you and not have myself carried away
I'll look into your eyes and not have the rhythm of my heartbeat change
I'll bear with people around you and not have jealousy conquering me
I'll listen to every song and not have them reminding me of you
I'll sleep tight and not have you in my dreams
I'll tear inside and not have that because of you
I'll read these lines and not feel a tinge of pain
I'll be the author of my life and not have you as my story
I'll leave you and be better off without you
p/s The only time I wish myself to not be the determine self is this!
Cause I'm one genuine, loyal and faithful lover
You'll never worth the love from me!
That's it
Tuesday, January 18, 2011
Di manakah Kita ?
Bagaimana keadaan kita jika terlihat seekor lipan di hujung kaki tetapi kemudian terpandang seekor harimau tidak berapa jauh daripada kita? Apakah kita masih memikirkan bahaya lipan atau bahaya harimau?
Ya, tentu sahaja kita akan berikhtiar untuk menyelamatkan diri daripada bahaya harimau. Walaupun lipan dekat, tetapi gigitannya tidaklah seganas cengkaman harimau.
Begitulah perumpamaan antara bahaya nafsu dengan bahaya-bahaya yang lain. Nafsu akan menyebabkan kita lebih rasa menderita. Bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat.
Malangnya, hal yang sepenting itu tidak dititik-beratkan. Kejahatan hawa nafsu, sifat-sifat dan kaedah melawannya hampir tidak pernah dibicarakan. Padahal, nafsu itulah angkara segala kejahatan yang kita deritai kini. Sebut sahaja, apa kejahatannya, pasti dalangnya adalah hawa nafsu.
Kita sibuk memperketat kawalan, disiplin dan undang-undang tetapi membiarkan puncanya berkembang subur dan membiak. Mampukah pagar yang rapuh mengawal binatang buas yang bilangannya kian banyak dan tenaganya semakin kuat?
Begitulah bandingannya undang-undang ciptaan manusia dengan kejahatan hawa nafsu.
Undang-undang walaupun sehebat mana pun tidak akan berkesan jika nafsu tidak dijinakkan terlebih dahulu.
Pagar itu akan diterjah dan rebah dipijak dan diinjak menyebabkan kita terpaksa membina pagar demi pagar, berulang-kali.
Kuasai Nafsu, Kuasai Dunia
"Jika kita menguasai diri, kita akan menguasai dunia," demikian kata cerdik pandai.
Tetapi bagaimana pula kalau kita gagal menguasai diri? Ya, pasti kita pula yang akan dikuasai dunia.
Jika demikian amat buruk akibatnya lantaran dunia itu adalah 'hamba' yang baik tetapi 'tuan' yang sangat jahat. Orang yang berjaya adalah orang yang gigih mencari kebaikan dunia tetapi selamat daripada tipuannya.
Firman Allah: "Sesungguhnya tiadalah kehidupan dunia itu melainkan mata benda yang menipu daya." (Surah al-An'am 6: 32)
Al-kisah, seorang raja sedang menaiki kuda dengan angkuhnya. Dia terserempak dengan seorang petani yang soleh sedang berjalan kaki. Raja pun bertanya, "siapa kamu?"
Petani yang soleh itu menjawab, "aku seorang raja."
Raja tertawa, kemudian terus berkata dengan nada menyindir, "raja kerajaan mana?"
Petani menjawab, "raja untuk kerajaan diriku."
Raja terdiam.
Dan kemudian petani itu pula bertanya, "adakah tuanku menjadi raja kepada diri sendiri?"
Raja terus terdiam kerana faham maksud kata-kata petani yang soleh itu.
Begitulah dalam kehidupan kita sehari-hari. Ramai orang besar yang hakikatnya hanya insan kerdil kerana tidak mampu melawan hawa nafsunya.
Kuasa, ilmu, harta dan nama yang tersohor tidak membawa makna dan kebahagiaan dalam hidup sekiranya hidup diperkotak-katikkan oleh hawa nafsu.
Hal ini kerana nafsu itu sifat tabiinya hanyalah mengarah kepada kejahatan.
Maka hidup seseorang yang dikuasainya hanya akan penuh dengan kejahatan. Jika demikian, mana ada ketenangan dan kebahagiaan? Tidak ada kebahagiaan bagi manusia yang tenggelam dalam kejahatan.
Dikuasai dunia maksudnya, diri kita akan didorong oleh sesuatu yang berbentuk kebendaan, kemasyhuran dan jawatan dalam apa jua fikiran dan tindakan. Ketika itu kita gagal memperalatkan dunia sebaliknya dunialah yang memperalatkan kita.
Akibat gagal menguasai dirilah kebanyakan manusia sangat cintakan dunia.
Selain itu cintakan dunia akan menyebabkan manusia cenderung melakukan kejahatan. Sebab itu masyhurlah kata-kata popular dalam kalangan ahli-ahli tasawuf; cinta dunia itu adalah kepala segala kejahatan.
Apabila semua itu terjadi, manusia tidak lagi layak menjadi hamba Allah. Oleh sebab itu, untuk menjadi hamba Allah manusia mestilah menguasai dirinya.
Inilah yang dibimbangkan oleh Syeikh Ibn Ataillah dalam al-Hikam menerusi katanya:
"Bagaimana akan terang hati seseorang yang segala gambaran dunia itu terpahat dalam cermin hatinya? Atau bagaimanakah dia akan mengembara menuju kepada Allah padahal ia terbelenggu oleh nafsu syhawatnya?"
Manusia Dan Mujahadah
Seterusnya, apakah yang dimaksudkan dengan menguasai diri? Jelas maksud menguasai diri ialah menundukkan nafsu jahat yang ada di dalam diri bagi membolehkan kita melakukan perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya. Sedangkan nafsu itu sebahagian daripada diri kita yang sentiasa ingin menghancurkan diri kita.
Berhubung dengan melawan hawa nafsu ini Imam al-Ghazali menyebutkan tiga tingkatan manusia dalam usaha memerangi hawa nafsunya:
1. Telah menyerah kalah.
Golongan ini tergolong dalam mereka yang dikuasai sepenuhnya hawa nafsunya dan tidak dapat melawannya sama sekali. Ini merupakan keadaan majoriti manusia. Mereka ini telah mempertuhankan hawa nafsunya. Firman Allah: "Maka, pernahkah kamu melihat orang yang telah menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya." (Surah al-Jatsiyah: 23)
2. Sedang dan sentiasa berperang.
Golongan ini terdiri daripada mereka yang sentiasa dalam bertarik tali berlawan dengan hawa nafsu. Adakalanya dia menang dan ada kalanya kalah. Insya-Allah, inilah orang yang sedang berjuang (mujahadah). Mereka ini menunaikan apa yang diperintahkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. melalui sabdanya yang bermaksud: "Berjuanglah kamu melawan hawa nafsumu sebagaimana kamu berjuang melawan musuh-musuhmu."
3. Orang yang telah menang.
Golongan itu terdiri daripada mereka yang berjaya menguasai sepenuhnya hawa nafsunya. Mereka ini terpelihara daripada berbuat dosa dan maksiat kecuali sangat sedikit melakukan maksiat. Perjuangan menentang hawa nafsu adalah satu bentuk perjuangan jangka panjang. Perjuangan ini hanya akan berakhir dengan kematian. Sikap waspada dan sentiasa siapa siaga amat diperlukan setiap masa.
Erti Mujahadah dan Kepentingannya
Melawan hawa nafsu bagi maksud mengawal, mengurus dan mengendalikannya adalah wajib kerana kita hanya wajar menjadi hamba Allah.
Demikian yang dapat difahami daripada kaedah, "tidak sempurna sesuatu yang wajib melainkan dengan sesuatu itu maka sesuatu itu juga menjadi wajib."
Berdasarkan itu, jika kita tidak berbuat demikian, sudah tentu kita akan berdosa. Bukankah syurga itu hanya ada pada mereka yang menundukkan kehendak nafsunya kepada kehendak Allah?
Firman Allah:
"Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri daripada nafsunya, maka sungguh syurgalah tempat tinggalnya" (Surah al-Naziat: 40-41)
Melawan hawa nafsu juga adalah syarat untuk mendapat pimpinan Allah.
Kepentingan melawan hawa nafsu ini ditegaskan lagi oleh Rasulullah s.a.w. menerusi sabdanya:
"Tidak beriman salah seorang antara kalian hingga hawa nafsunya mengikuti apa yang aku bawa." Baginda juga bersabda: "Seorang mujahid (iaitu seorang yang berjihad) ialah dia yang melawan hawa nafsunya kerana Allah."
Mujahadah bermaksud berusaha untuk melawan dan menundukkan kehendak hawa nafsu.
Istilah "mujahadah" berasal daripada kata "al-jihad" iaitu berusaha segala kesungguhan, kekuatan dan kesanggupan pada jalan yang diyakini benar. Dengan kata yang lain, seorang yang bermujahadah dengan rela meninggalkan apa yang disukainya demi memburu sesuatu yang diyakininya benar, baik dan betul.
Inilah maksud kata-kata Imam al-Ghazali: "Antara tanda kecintaan hamba kepada Allah ialah dia mengutamakan perkara yang disukai Allah daripada kehendak nafsu serta peribadi, sama ada dalam aspek zahir atau batin."
Selain itu ilmu, taktik dan strategi melawan hawa nafsu wajib dipelajari. Bahkan kita tidak akan menang jika dalam menempuh jalan mujahadah hanya dilakukan dengan semberono. Malangnya, ilmu tentang mujahadah ini seolah-olah terpinggir pada masa kini. Manakala strategi melawan hawa nafsu hampir tidak dibicarakan lagi.
Ironinya, jika dengan musuh zahir yang jarang-jarang kita berdepan dengannya, kita sanggup membelanjakan jutaan ringgit untuk membeli kelengkapan perang dan sejata, mengorbankan banyak masa dan tenaga untuk persiapan berperang, tetapi dengan hawa nafsu yang setiap detik kita berperang dengannya, mengapa ambil tidak indah sahaja.
Sedangkan nafsu ini adalah musuh yang paling berbahaya, yang sepatutnya lebih diberi perhatian serius. Rasulullah s.a.w. bersabda:"Orang yang kuat bukanlah orang yang dapat mengalahkan musuhnya tetapi dapat menguasai marahnya."
Prinsip Asas Dalam Melawan Hawa Nafsu
Berikut tiga prinsip asas kaedah melawan nafsu. Tiga kaedah ini telah digariskan oleh ulama pakar dalam meneliti perjalanan hati dan nafsu manusia. Dalam kitab Minhajul Abidin misalnya, Imam Ghazali telah menggariskan tiga prinsip asas berikut:
1. Menahan atau menyekat sumber kekuatannya.
Nafsu yang diumpamakan kuda yang liar itu boleh dijinakkan dengan syarat ditahan sumber yang memberikannya tenaga. Jadi, nafsu boleh dikawal dengan menahan makan (berpuasa).
Oleh sebab itulah dalam Islam kita diwajibkan berpuasa sebulan dalam setahun. Dan digalakkan juga berpuasa sunat hari-hari tertentu. Malah mereka yang belum mampu berkahwin, nabi Muhammad s.a.w. menganjurkan mereka menjinakkan nafsu seks dengan berpuasa.
Selain menahan perut daripada banyak makan, ada lagi beberapa sumber kekuatan nafsu yang perlu disekat. Antaranya, menahan pandangan (mata) daripada yang haram, telinga daripada mendengar sesuatu yang berdosa, mulut daripada berkata-kata yang dilarang, hati daripada sifat-sifat mazmumah dan lain-lain.
Semua ini perlu diketahui dengan cara belajar. Ilmu yang berkaitan dengan menjaga pancaindera inilah yang dimaksudkan dalam ilmu tasawuf sebagai akhlak. Hukum mempelajarinya, fardhu ain bagi setiap mukhallaf.
2. Membebankan nafsu itu dengan ibadah.
Setelah nafsu yang diumpamakan sebagai kuda liar itu disekat sumber kekuatannya, langkah seterusnya ialah dengan dibebankan ibadah tertentu terutamanya ibadah khusus yang berbentuk fardhu dan sunat.
Solat terutamanya, sangat diperlukan dalam kaedah ini semata-mata untuk 'menyeksa' nafsu. Bukan sahaja solat lima waktu tetapi solat malam (qiamulalil) sangat berkesan untuk menundukan hawa nafsu.
Begitu juga dengan zikrullah yang lain seperti membaca al-Quran serta wirid-wirid tertentu (yakni yang bersumberkan al-Quran, hadis-hadis sahih dengan tunjuk ajar dan didikan syeikh atau guru yang benar serta mendapat petunjuk (mursyid).
Begitu juga dengan amalan sedekah, kerja-kerja amal, mengajar, belajar dan lain-lain amal kebajikan. Pokok pangkalnya, bebankanlah nafsu kita dengan ibadah hingga ia merasa letih untuk melakukan kejahatan.
Ingatlah nafsu itu tidak pernah puas dan kehendanya tidak terbatas, maka ibadah yang dapat menundukkannya hendaknya begitu juga. Jangan terbatas dan jangan dibatasi oleh rasa puas.
3. Berdoa minta bantuan Allah untuk menewaskannya.
Usaha menentang hawa nafsu hendaklah dimulakan, diiringi dan disudahi dengan berdoa kepada Allah.
Nafsu itu makhluk Allah, maka Allah sahaja yang mampu memudahkan diri manusia untuk menguasai dirinya sendiri (nafsu).
Bahkan, usaha awal kita untuk memperbaiki diri perlulah dimulai dengan membentuk komunikasi dan interaksi yang harmoni dengan Ilahi.
Hubungan ini dibentuk melalui doa. Jika Allah permudahkan, jalan mujahadah yang payah akan menjadi mudah. Bantuan Allah inilah yang sangat kita dambakan. Malah inilah pesan Rasululllah s.a.w. kepada Muaz bin Jabal dengan katanya:
"Wahai Muaz, aku sangat cinta kepadamu. Maka selepas kau mengerjakan solat jangan sekali-kali kau lupa berdoa kepada Allah dengan doa ini:
"Ya Allah, bantulah aku mengingati-Mu, bantulah aku mensyukuri nikmat-Mu dan bantulah aku untuk mmperbaiki ibadah kepada-Mu."
Banyak lagi doa-doa yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam bermujahadah melawan hawa nafsu ini. Antara doanya itu ialah:
"Ya Allah ya Tuhanku, berilah aku taqwa, dan bersihkanlah diriku. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang membersihkan. Engkaulah pelindungku dan pemimpinku."
Langkah-Langkah Jalan Mujahadah
Langkah-langkah tersusun untuk melawan hawa nafsu seperti berikut:
1. Belajar mengenai sifat nafsu dan angkaranya.
Belajar mengenai sifat-sifat mahmudah dan mazmumah (ilmu akhlak atau tasawuf) adalah wajib.
Kita mesti mendapat ilmu yang digali daripada al-Quran dan Sunnah untuk mengetahui sifat-sifat nafsu, angkara kejatannya dan bagaimana melawannya. Para ulama telah mempermudahkan ilmu-ilmu ini mengikut kategorinya tersendiri.
2. Membina kesedaran dan keazaman yang tinggi.
Tidak cukup dengan mempunyai ilmu sahaja tanpa kesedaran dalam hati dan keazaman yang kuat untuk mengamalkannya. Bagaimana jika kita hanya ada senjata (ilmu) tetapi tidak ada keingininan yang kuat untuk mngamalkannya apabila diserang musuh?
Ilmu bukan untuk pengetahuan dan kefahaman semata-mata, tetapi yang lebih penting untuk diamalkan.
3. Mempraktikkan ilmu.
Inilah tahap yang paling sukar tetapi inilah tahap yang paling penting.
Perkara ini memerlukan satu iltizam yang kuat dalam diri kerana apa yang disukai nafsu adalah juga yang disukai oleh diri kita sendiri. Ramai orang yang tahu sesuatu kebaikan tetapi masih malas melakukannya. Dan ramai yang tahu sesuatu kejahatan tetapi masih tega melakukannya.
Semua itu kerana mereka belum 'mahu', dan baru sekadar 'tahu'.
Pengetahuan itu dicapai melalui proses belajar manakala kemahuan dibina dengan mempraktikkan apa yang telah kita pelajari. Dengan mempraktikkan ilmu barulah ilmu yang bertapak di akal dapat dipasakkan ke dalam hati. Oleh sebab itu 'tahu' tempat letakkannya di akal tetapi 'mahu' itu letaknya di hati.
4. Terus melatih diri dan bersifat konsisten melawannya.
Ramai juga orang yang telah tahu dan mahu melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan, tetapi tidak lama, mereka berpatah semula ke belakang. Bak kata peribahasa Melayu sekadar "hangat-hangat tahi ayam". Mereka tidak berdaya untuk konsisten (istiqamah) dalam kebenaran.
Apa yang perlu ialah latihan yang berterusan agar tahap pengetahuan dan kemahuan itu diteruskan hingga ke tahap kemampuan.
Imam Ghazali berpesan nafsu tidak dapat dikalahkan dengan tergesa-gesa. Kehendaknya tidak boleh ditekan sekali gus melainkan perlu ditahan secara bertahap-tahap.
Latihan menundukkan hawa nafsu ini perlu dilaksanakan sedikit demi sedikit tetapi istiqamah selaras dengan sabda Rasulullah s.a.w.:
"Amalan yang baik ialah amalan yang berterusan (konsisten) sekalipun sedikit."
"Alah bisa, tegal biasa," begitulah nafsu yang jahat jika dilatih berterusan untuk melakukan kebaikan, akan terbiasalah nafsu itu dengan kebaikan dan kebajikan.
Sampai ke tahap ini, nafsu itu akan menjadi tenaga penggerak atau kenderaan (kuda tunggangan) kepada manusia. Umpama, racun pada ular senduk – di situ ada racun, di situlah juga ada penawarnya.
Sebab itu ditegaskan berkali-kali bahawa nafsu itu bukan untuk dihapus tetapi untuk diurus.
Jika diuruskan dengan baik, nafsu akan membawa kepada kemajuan rohaniah dan material dalam kehidupan.
Nafsu seks yang diurus melalui pernikahan yang sah, akan memberi ketenangan, keberkatan dan rahmat dalam diri suami dan isteri. Ia juga meneruskan kesinambungan zuriat yang akan menjadi tenaga penggerak kepada pembangunan ummah.
Begitu juga nafsu makan yang terurus, akan memberi tenaga untuk beribadah dan menyebabkan terbentuknya jaringan perniagaan, industri makanan, hub halal, inovasi dan teknologi makanan dalam bidang bioteknologi dan sebagainya.
Manusia yang dibekalkan dengan unsur nafsu inilah yang menjadi sebab mereka dilantik menjadi khalifah di muka bumi – bukan malaikat, kerana dengan nafsu makmurlah muka bumi ini dengan pembangunan yang bersendikan hukum Allah.
Sebaliknya, malaikat tidak mempunyai potensi ini kerana mereka sepi daripada sebarang keinginan dan rangsangan. Namun, jika nafsu tidak terurus manusia akan jatuh ke tahap yang lebih hina daripada haiwan (makhluk nafsu tanpa akal).
Jangan menoleh ke belakang... tempuhlah jalan mujahadah.
Itulah jalan yang penuh saadah (kebahagiaan). Walaupun itu adalah jalan yang payah, tetapi itulah jalan yang paling mudah.
Tidak ada jalan pintas!

Sunday, January 16, 2011
"Yang Hadir dan Yang Kembali"
Jam dinding berdeting beberapa kali.Pukul 3 pagi.Entah kenapa aku terbangun dari tidur yg lena.Kutatapi wajah 'sahabat' akrabku sedalam-dalamya.Ku belai perlahan rambut ikalnya yg yg menutupi wajahnya..
Kau cantik sayang.. bisikku perlahan.
Tanpa disedari , usia perkahwinan kami telah mencecah tahun yg kelima.
Namun kami masih belum dikurniakan cahaya mata sebagai penyeri kebahagiaan ini. Ya Allah kurniakanlah kepada kami seorang anak..walaupun cuma seorang . Itulah doa yang sering ku panjatkan kepada Ilahi dalam setiap sujudku Kami telah
disahkan oleh doktor pakar bahawa kami brdua adalah normal.
Pelbagai ikhtiar telah kami usahakan.Mungkin benar apa yang dikatakan doctor dua thn lalu; "Bersabarlah, mungkin anda berdua sedang diuji Tuhan. Teruskan usaha dan berdoalah.
mudah- mudahan dimakbulkan doa anda berdua.."
Apakah hikmah yang tersembunyi di sebalik semua ini. Aku yakin, Allah menyimpan hikmah ini untuk kuketahui suatu ketika kelak ....Pasti! "Huda.... bangun.,...jom kita solat." Kugerakkan bahu isteriku perlahan. Dia mengeliat ....Aku tersenyum melihat wajahnya yg keletihan. Letih menguruskan rumahtangga ditambah pula kesibukannya sebagai pengusaha Taman Didikan Kanak-Kanak. Tentu dia penat melayan karenah 'anak-anak'nya....Ahh.Aku sayang padamu Huda..
Akhirnya , aku bangun sendiri. Aku tenggelam dalam solat malamku yg panjang..Dan seperti biasa aku tak pernah lupa memanjatkan doa sebagaimana dalam firman Allah .. (al A'raaf : 189 ) yg bermaksud : " ya Allah jika engkau memberi kami anak yg soleh, tentulah kami termasuk orang-orang yg bersyukur.."
Jam berbunyi empat kali. Aku mengakhiri solat witirku dan ketika salam kedua ku dapati Huda dah berada di belakangku..Wajahnya masam,.. merajuklah tu. Kurenung wajahnya dengan riak lucu." Kenapa ni.? Muncungya mulut.." usikku dalam nada
separuh berbisik .... Semakin menjadilah rajuknya. "kenapa abang tak kejutkan Huda.?"Protesnya... Aku tersenyum Cuma. "Dah, abang tengok cik adik
letih sangat..bukan tak kejut tapi cik adik sayang yang tak sedar.." Akhirnya Huda mengalah, tapi bersyarat..Jangan tidur sampai dia selesai solat malam. "Baiklah tuan puteri, saya yang menurut perintah." Usikku lagi. Huda tersenyum lebar mendengar usikanku..Serentak dengan itu jarinya yang mungil bertindak menggeletek pinggangku.Dia kemudianya berlalu dengan wajah yang melucukan.
Petang itu , sambil kami menikmati minum petang,Huda memecahkan kedamaian itu dengan ungkapan :
" Abang.....nikah jelah satu lagi" Dengan nada yang bersahaja.. Aku tersentak. Aku memang amat mengharapkan keturunan.. Kan Rasulullah berbangga umatnya ramai..! Tapi hingga saat ini aku belum mampu membahagikan cintaku pada wanita lain.Walaupun Islam tidak pernah menghalang poligami apatah lagi dengan keadaan yang kami alami sekarang ini .Sanggupkah aku memikul bebanan ini ....?
"Hai,tak takut cemburu ke..? Umpanku pula..
"Cemburu.....emmm itukan memang fitrah manusia bang..takkan Huda tak cemburu.Aisyah pun cemburu pada Khadijah, tapi masalahnya sekarang , kalau abang kawin satu lagi, kan Huda boleh tumpang kasih anak dari isteri abang..? hujahnya panjang lebar.
"Hai.takkan tak cukup lagi 'anak-anak' di tadika..? "Abang niii..Itu lain.Itu bukan dari zuriat abang. "Macam mana kalau isteri kedua abang juga tak boleh melahirkan zuriat..?" umpanku lagi..
"Kahwin satu lagi.." "Kalau tak dapat anak juga,..?" Usikku terus. "Nikah lagi..kan boleh sampai empat..!" Jawab Huda dalam nada semakin kendur. "Huss..Huda sayang ! Jangan merepeklah .Abang tak mampu mencontohi ibrahim bapa ismail..berilah peluang abang meneladani Zakaria bapa Yahya.. " Kutamatkan dialog ini seolah-olah marah kepadanya.. Kudakap erat Huda,...ada titisan panas yg membasahi dadaku..
Hari ini ulang tahun perkahwinan kami yang ke tujuh. Umurku sudah merangkak 33 tahun. Uban di kepalaku sudah meningkat bilanganya.
Berbanding ketika awal pernikahan bilangannya belum sampai sebelah tangan, beritahu Huda kepadaku. Sehingga ke saat ini Allah belum kurniakan kami rezeki, seorang anak. Tapi cintaku pada Huda masih seperti dulu . Tak pernah pudar. Hidangan istimewa disediakan Huda hari ini. Ada bungkusan hadiah comel di meja hidangan. Huda menarik lenganku,..dengan nada manja sambil berkata..: " Selamat menyambut ulang tahun perkahwinan kita .." Begitu teratur kalimah itu dibisikkan ke telingaku.sambil mataku mencuri pandang hadiah di atas meja .Ada sampul surat yang berlogo hospital terkenal di ibu kota.
Tanganku segera ingin mencapai sampul tersebut.Huda dengan pantas menghalangya. "Makanlah dulu kek coklat yang Huda buat .! Abang ni tak sabarlah.." Protes Huda separuh merajuk. "Oklah sayang." Ku pendamkan rasa ingin tahuku lalu ku ambil pisau yang dihulurkan.."
Bismillahirrahmanirrahimm..ku potong kek istimewa itu.Kami berbalas suapan.. dengan perlahan- lahan aku mengambil sampul surat dari tangannya tadi.. "Subhanallah..Maha suci allah,..Tuhan sekelian alam..!!" Huda hamill..!! Masya Allah,
..setelah sekian lama penantian ini.! Seketika aku tersungkur sujud. Airmataku mengalir deras.Kurangkul Huda seerat-eratnya.
Airmataku terus mengalir seolah-olah tak akan henti tika ini,.. tangisan SYUKUR..! "kenapa jumpa doctor tak bagitau abang..?" Tanya ku seperti memprotes.. "Kalau beritahu tak surprise lahhh." Jawab Huda selamba.. Tiba-tiba aku rasa bersalah,..Sejak akhir2 ini Huda ada mengadu sakit kepala dan rasa kurang selera makan.Kusangka dia terlalu letih menguruskan cawangan
tadikanya yang baru,..Ditambah pula dgn kesibukanku di pejabat dan 'kewajipan saham akhirat'.Aku benar2 lupa membawanya ke klinik. Sungguh..!! Aku
benar-benar rasa bersalah.. Sejak berita itu diterima.kesihatan dan aktiviti Huda menjadi perhatian utamaku segala hajatnya kupenuhi.Aku tak benarkan dia memandu sendiri dan bercadang mengupah driver utk kemudahannya. Aku minta supaya dia mengurangkan semua aktivitinya..Namun Huda tak bersetuju.. Katanya, janganlah terlalu manjakan dia..Barkan dia menjadi ibu yang 'luarbiasa'
Ibu yang 'luarbiasa' akan melahirkan anak yang 'luarbiasa' ..ketika aku ttp meminta dia memenuhi hasratku,..dia berkhutbah panjang.
"Abang sayangg,abang kata nak jadi seperti zakaria bapa Yahya..Abang kata nak bayi ini menjadi mujahid atau mujahidah,.. Abang..,.. kalau kita bercita-cita nak jadikan anak kita sebagai mujahid atau mujahidah,.kita kena latih dia sejak dalam kandungan.. Maknanya,..jangan manjakan ibunya..Kalau dilimpahkan kesenangan
pada Huda dan anak yang bakal lahir ini ,.. bagaimana nak dapat anak seperti Fatimah atau Ali abi Thalib..? Abangkan kan tau,..kesenangan
dan kemewahan bukan modal yang baik untuk anak ...Dengan kesusahan barulah generasi menikmati kesenangan di syurga. Sebelum sempat khutbahnya
dteruskan.aku terus meletakkan tanganku di
mulutnya..'Stop'.. Aku faham dan akan terus memahami hakikat pendidikan dalam Islam..Cuma aku sendiri pelik kenapa tiba-tiba aku yang jadi terlalu cerewet..!
Pagi itu selepas sarapan aku melihat Huda tidak seperti biasa,..Peluh mengalir laju membasahi dahinya..Dia kelihatan pucat..Kurasa badannya,.. panas.! Seingat aku Huda hanya akan melahirkan pada 26 mei,..hari ni baru 26 april,.Aku panik.. Aku segera membawa huda ke hospital dengan seribu satu doa yg tak putus dlm hatiku,.aku harap ayah dan ibuku segera datang utk menambah ketenangnku. Aku mundar mandir ..Ya Allah.Selamatkanlah isteri dan anakku..bisikku
berulang kali..
"Encik Saifuddin..?"..Dr Khadijah,..pakar sakit puan rujukan isteriku,.. "Ya,..saya doktor,.." sahutku cepat..Kuhampiri Dr Khadijah.. "Boleh kita berbincang sebentar,,.." Minta Doktor sambil mengajakku ke bilik rundingan,.. "Saya harap Encik saifudin bertenang,..Isteri encik menghadapi sedikit masalah,..air mentubannya dijangkiti kuman..Dan degupan jantung bayi di dapati semakin lemah..Puan Huda perlu dibedah segera.."
"Bedah..?" "Buatlah apa yang sewajarnya doktor..Tapi isteri saya bagaimana.doktor..?" Tanyaku dng nada separuh ketar.bimbang. "saya akan cuba sedaya upaya,..utk menyelamatkan kedua-duanya,.. Yang lain kita pulangkanlah pada Allah.Sama-samalah kita berdoa .." Suara tenang tapi yakin lahir dari doktor Khadijah.. Ya allah,.selamatkanlah isteriku,..Ya Allah..jangan Kau ujiku di luar batas kemampuanku,..
Dalam sujudku yang panjang tak henti aku berdoa keselamatan isteri dan anakku..Aku memohon limpah kasih sayang Allah kepada isteri dan anakku tersayang.. Begitu lamaku cari ketenangan dalam solatku,..tiba2 ayahku memanggilku mengajakku menunggu di luar bilik pembedahan.. Ketika sampai di pintu bilik ,..aku terdenagr suara tangisan bayi,,..alangkah lunaknya. "Encik saifudin..?" "Ya..saya.." "Alhamdulillah isteri encik telahpun melahirkan bayi perempuan yang sihat,.2.9 kg dan comel seperti ibunya." kata Dr Khadijah tenang,..
"Alhamdulillah.isteri saya bagaimana doktor.?" Dr, Khadijah terdiam ..tiba2 perasaan tidak sedap menjalar keseluruh tubuhku,..Kutenung wajah Doktor dengan tatapan penuh tanda tanya,..
Tiba2 doktor menggeleng kepalanya perlahan sambil tertunduk.. Mulutku ternganga seketika,..
"Maaf,.saya telah berusaha semampu yg mungkin,.Tapi Allah lebih menyayangi Huda,.."
Deraian air panas bercucuran tanpa boleh dibendung,.
Perlahan aku mengikuti doktor ke ruang bilik pembedahan..Kurasa seperti seretan kaki ini sungguh lemah dan tak berdaya,..sesusuk tubuh di tutup dgn kainputih terbaring,..
Perlahan aku membuka kain penutup..
Innalillahi wainnailaihi raji'unnnn.. DariNya kita datang,.kepadanya kita kembali,.. Wajah Huda pucat,..tapi bibirnya terukir senyuman manis,..manis sekali,..tanpa kesedari ku dakap Huda seerat-eratnya..tangisku perlahan, tapi tak tertahan..! "Sabar encik Saifudin,..sabar.." Terdengar suara doctor Khadijah cuba menenangkan aku,.. "Nurse,.. tolong bawa anak encik saifudin.." katanya lagi,.. Seorang bayi mungil yg masih merah dihulurkan dihadapanku,..perlahan kuambil dan kudakap bayi itu,.Kutatap wajahnya berganti- ganti dengan Huda..Mereka amat mirip.! Matanya, hidungnya,..mulutnya,..Allahuakbar..!!! Dadaku bertambah senak..tangisanku semakin menjadi-jadi,.. Sehinggalah ayah datang memegang bahuku..dan berkata,..
"Iqamahkan anakmu saifuddin,..sambutlah yang hadir,..doakanlah yang kembali.." Huda,.. rupanya inilah hikmah Allah,..Maha Kuasa dan Maha mengetahuinya Allah,..Dia memberi kesempatan kepadaku menemanimu , mengasihimu, hampir selama lapan tahun,..utk akhirnya memanggilmu setelah dikurniakn gantinya,. Ya Allah,.jangan biarkan hati ini berandai -andai,.. Seandainya kami tidak mengharapkan anak jika itu membawa kematian Huda,.. Tidak, ..Tidak, itu semuanya ketentuanMu Ya Rabb. Tuhan yang Maha Mengetahui,..Lagi Maha Pengasih,..
Selamat jalan Huda,
wassalam...
Saturday, January 8, 2011
Gay or Persona ?
dari aku kecik dulu aku suka lagu tema aladdin "a whole new world".. saja buat carian kat youtube, tiba-tiba terjumpak video ni pulak.. vokal dia sangat stylo.. tak ramai boleh buat macam mamat ni.. enjoy~
jantung aku berdegup laju bila dia nyanyi part suara perempuan.. adakah aku gay? :( wakakakaka.. terpesona owhh!!

Who am I ?
pernahkah orang bertanya soalan killer seperti ini kepada korang? contohnya apa yang kau nampak tentang diri kau di masa hadapan? apa kedudukan kau? apa yang membuatkan kau istimewa berbanding orang lain? dan soalan paling pendek, simple dan menyengat ialah "siapa kau?" maksud "siapa kau" disini tidak bermaksud untuk mengetahui nama seseorang.. tetapi ada maksud yang sangat mendalam disebalik "siapa kau?"..
pernah juga ada orang bertanyakan kepada aku "siapa kau" (dari aspek keagamaan).. dan jawapan aku ialah "aku hanya manusia milik Allah yang tidak mampu lari dari membuat kesilapan atau dosa atau subahat atau bla bla perkara negatif".. si tukang tanya tu cuma tersenyum dan membalas "panjangnya ko jawab.. ahaha.. jawab ja ko tu 'manusia' pun dah cukup, sebab manusia memang takleh lari dari membuat kesilapan, manusia juga ditugaskan sebagai khalifah dibumi dan manusia juga adalah makhluk tuhan"..dan pengertian manusia pulak dari segi bahasa arab bermakna pelupa..
walaupun aku rase nak sekeh jer kawan aku tu, tapi betul per jawapan yang dier bagi cuma jawapan yang aku bagi tu panjang giler,macam essay plak.maklumlah, minggu exam ..haha..
crew Oh!Tidak! kali ni menemu ramah 3 orang bagi menjawab persoalan yang kami ajukan kepada mereka .. hehe.. LOL!
video 1 : siapa kau haji kaha?
video 2 : siapa kau rosmah mansor?
video 3 : siapa kau charles manson?

Thursday, January 6, 2011
Hati Kecilku ..
قَلْبِيْ الصَّغِيْرُ
Hati Kecilku..
حِيْنَ وُلِدْتُ أَعْطَيْتَــنِيْ قَلْباً صَغِيْراً خَالِيـــــــاً
Ketika dilahirkan, Kau berikanku hati kecil yang bersih..
مَلأْتُـهُ حُبّـــــــاً لَــكَ حُبّاً نَقِيّاً صَافِـيًــــــــا
Ku penuhi ia dengan cinta pada Mu..Cinta yang murni nan suci..
أَنْتَ حَبِيْبِيْ وَمَالِكِـــــيْ حُبُّكَ فِي قَلْبِيْ يَزِيْــــد
Kamu lah kekasih dan Pemilik Ku.. Cintamu pada hatiku, bertambah..
يَا مَنْ يَسُرُّنِي قُرْبُِــكَ سِوَى رِضَاكَ لا أُرِيْــدُ
Wahai yang dekatnya membahagiakanku.. ridha selain Mu tak ku inginkan..
قَلْبِيْ بِذِكْرِكَ يَطْمَئِـنُّ يَدْعُوْكَ رَبِّّي العَالِيَــا
Hatiku, dengan mengingat Mu,merasa tenang.. memohon kepada Mu tuhanku yang Maha Tinggi..
سُبْحَانَكَ وَبِحَمْـــــدِكَ يَرْجُوْكَ عَفْواً وَعَافِيَـا
Maha Suci engkau, dengan memuji Mu, ku memohon maaf dan ampunan Mu..
شُكْراً لِمَا أَهْدَيْتِـنِــــي قلباً بِذِكْرِكَ يَخْشَــــعُ
Syukur terucap.. untuk petunjuk yang Kau berikan padaku.. Hati ini, dengan menyebut Mu,merasakan khusyu’
ثَبِّتْهُ رَبِّي بِفَضْلِـــــكَ حَتَّى يُطِيْعُ وَيَسْمَــــعُ
Tetapkanlah hati ini dengan keutamaan Mu wahai tuhanku.. Sampai ia mentaati dan mendengar..
كلمات: منصور الواوان
Syair oleh : Manshur Al Wawan
Sunday, January 2, 2011
Keikhlasan
Untuk menuju KEIKHLASAN , kita sering diuji dengan KEIKHLASAN !
keikhlasan dalam kehidupan amatlah susah ..
bagi aku,aku sering diuji dengan keikhlasan hati ..
untuk menuju keikhlasan, kita harus melalui ujian keikhlasan ..
IKHLAS bak kata ulama' umpama semut hitam yang berjalan di waktu malam atas batu yang hitam ..
begitu sukar untuk mendapat keikhlasan ..
tapi apabila sudah melepasi test2 yang dihadapi ,
sesungguhnya IKHLAS adalah senjata yang paling utuh
untuk melemahkan Qarin dan syaitan kafir dlm hidup kita ..
Mereka adalah pendamping jahat yang amat setia tapi kita sebagai manusia lebih kuat berbanding syaitan ..
Allah Maha Kuat!
Syaitan n Qarin, dorang ni poyo jer ngan muka hudus n buat2 suara yg dianggap menakutkan
Dorang biler dengar azan, lari lintang pukang , ada yang sampai pecah muka ..
"La budda lana anna" al-Ikhlas merupakan kunci kepada kesucian dan kemakrifatan ..
Saturday, January 1, 2011
2011
2011 highlights : 1.1.11 .. 11.1.11 .. 1.11.11 .. 11.11.11
it will come every 1000 years ..
when everybody was celebrating happy new year , i slept very deeply ..
i dont know why but i feel so calm when i try to stay away from ordinary people ..
herm .. this year, lets see how many people whom caught 'khalwat' n adultery ..
Merdeka! Bebas!
ni lah dia remaja skank ..
andai remaja skank menjadi pemimpin masa hadapan , hancur negara ..
WAIT AND SEE ..
moga 2011 memberi byk makna dlm hidupku thn ni ..
segalanya sudah di rancang dlm nota kecilku ..
tunggu hanya untuk direalisasikan nanti ..
InsyaAllah ..
Dunia
Haram bagi ak mencintai dunia ..
Ya Allah, jauhilah ak drpd mencintai dunia ..
Dunia ibarat air laut diminum hanya menambah haus ..
Xd maknenyer ak terus minum andai xd erti ..
Nafsu pulak mcm fatamorgana di padang pasir ..
Panas yg membahang di sangka air ..
Dunia dan nafsu bgai byg dilihat ad d tangkap hilang ..
Tuhan leraikan dunia yg menginap di dalam hati ku keranan di situ x ku mampu
mengumpul 2cinta..
Subscribe to:
Posts (Atom)